MEDIA melaporkan khabar angin bahawa Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri setelah gagal meyakinkan Yang di-Pertuan Agong,Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shahuntuk meletakkan negara ini di bawah pemerintahan darurat.
Khabar angin itu muncul susulan beberapa pertemuan termasuk di kediaman peribadi Muhyiddin di Bukit Damansara semalam termasuk pertemuan dengan pemimpin parti PN siang tadi di Putrajaya.
“Nampaknya kekalahan itu mungkin telah merugikan Muhyiddin, dan ada yang mengatakan bahawa dia ingin melakukan mengundurkan diri, tetapi diminta untuk terus bertahan oleh Azmin dan yang lain,” lapor The Vibers seperti dipetik portal Malaysia dateline.
Bagaimanapun, kesahihah khabar angin itu tidak dapat dipastikan.
Sebelum ini, beberapa pemimpin politik sama ada dari Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) menyifatkan keputusan Seri Paduka Baginda menolak permintaan Muhyiddin itu sebagai langkah tepat dan bijaksana. Malah mereka berpandangan ia satu tamparan buat Muhyiddin.
Isu sama ada Muhyiddin dapat bertahan atau tidak masih samar, siang tadi berlangsung mesyuarat Ahli-ahli Parlimen BN di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur susulan penolakan cadangan dikemuka Muhyiddin kepada Yang di-Pertuan Agong itu.
Malah mesyuarat dijadualkan diantara Muhyiddin bersama menteri Besar dan Ketua Negeri yang dijadualkan diadakan siang tadi turut dibatalkan.
Seorang sumber yang dipetik laporan Sinar memberitahu sebahagian besar Ahli Parlimen BN termasuk 26 yang diberikan jawatan oleh Muhyiddin tidak akan lagi memberikan sokongan kepada Perdana Menteri.
"Jadi mesyuarat ahli-ahli Parlimen BN hari ini tidak akan memihak kepada Muhyiddin apabila ramai Ahli Parlimen BN bertegas dengan pendirian tidak mahu menyokong Muhyiddin," kata sumber terbabit.
Dakwaan menjadi lebih kukuh apabila Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut membayangkan perkara sama ketika ditemui media sejurus tiba di Bangunan Dato Onn di sini sebentar tadi.
Beliau berkata, mesyuarat BN hari ini akan memberi tumpuan kepada gesaan agar Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri berikutan kegagalannya untuk mengisytiharkan darurat.
"Itulah yang sedang kita bincangkan, namun saya ingin mendengar kedudukan BN terlebih dahulu," katanya.
Ditanya apakah Umno masih menyokong kerajaan Perikatan Nasional, dia menjawab: "Saya tidak tahu, kita tunggu mesyuarat Umno dulu." jelas sambil merujuk mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang akan bersidang malam ini.Nasib Muhyiddin jadi tanda tanya
Sebagai rekod, Muhyiddin, yang menjadi perdana menteri melalui kudeta politik yang digelar Langkah Sheraton, kini berdepan kemungkinan digulingkan.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mendakwa bahawa dia mendapat sokongan yang cukup dari ahli parlimen bagi mengambil alih semula mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) lalu dan membentuk kerajaan.
Manakala veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dispekulasikan bekerjasama untuk menyingkir Muhyiddin melalui usul tidak percaya di Parlimen.
Kira-kira seminggu lalu, Umno mengumumkan sedang mempertimbangkan untuk menarik sokongan kepada pentadbiran Muhyiddin, yang hanya mempunyai majoriti tipis dua kerusi.
Namun pada 21 Oktober susulan perbincangan antara Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Muhyiddin pendirian itu ditarik balik.
0 Comments