Anwar pilihan terbaik ganti Muhyiddin

 


RAKYAT telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Muhyiddin dan negara memerlukan Perdana Menteri baharu, kata Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Aizuddin Ariffin.

Dipetik laporan Sinar Aizuddin berkata, pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) diketuai Muhyiddin Yassin dilihat gagal menguruskan pemerintahan dengan lancar sehingga mencadangkan pelaksanaan darurat kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ini jelasnya dibuktikan dengan dapatan kajian Institut Darul Ehsan (IDE) yang mendapati majoriti rakyat menolak usaha Muhyiddin itu.

“Keruntuhan sistem ekonomi negara meresahkan rakyat, bagaimana pengisytiharan darurat kesihatan boleh mengawal pandemik koronavirus (Covid-19) tatkala kerajaan mendakwa masih mampu mengawal wabak itu,” katanya.

IDE melalui kaji selidiknya mendapati, 77.39 peratus (39,587 responden) menolak darurat dan ini konsisten dengan kegusaran dilontarkan pemerhati politik.

Dapatan tersebut diperoleh menerusi pungutan pendapat bertajuk 'Rakyat Malaysia Bersuara' dijalankan secara elektronik pada 24 Oktober, melibatkan 51,147 responden pelbagai latar belakang.

Melalui kajian serupa, rakyat menyatakan pilihan terbaik untuk Malaysia ketika ini adalah dengan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri.

Sebanyak 49.80 peratus (25,469) responden menyatakan sokongan kepada Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu manakala 32.49 peratus (16,617 responden) mahu Muhyiddin kekal sebagai Perdana Menteri dan 17.71 peratus (9,061 responden) mahu Parlimen dibubarkan serta diadakan pilihan raya umum.

Rakyat pilih Anwar
Sementara itu, Aizuddin turut bersetuju bahawa Anwar merupakan individu terbaik untuk dilantik menggantikan Muhyiddin.
 
Beliau turut memberi asas kuat mengapa Anwar merupakan pemimpin terbaik untuk dilantik ke jawatan itu.

“jika ditanya siapa paling layak pimpin negara dalam tempoh kemelut politik ini, saya cadangkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim paling sesuai berdasarkan pengalaman dalam politik mahupun pentadbiran negara. Beri peluang untuk Anwar buktikan beliau memang layak diangkat sebagai perdana menteri,” katanya dipetik portal berkenaan.
 
Mengulas lanjut, Aizuddin mendakwa Muhyiddin sebagai pengecut untuk berdepan realiti sistem demokrasi berperlembagaan negara.

“Perkembangan mutakhir ini menguatkan lagi fakta kerajaan pimpinan Muhyiddin tiada lagi sokongan majoriti untuk memerintah negara. Sepatutnya, Kabinet PN fokus kepada usaha mengawal pandemik Covid-19 dengan menyalurkan keperluan kewangan, peralatan dan petugas barisan hadapan bukannya cetuskan polemik politik,” katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments