1240 kes baru: Sekali lagi catat angka harian tertinggi

KES baharu Covid-19 yang direkodkan hari ini kembali ke 4 angka iaitu 1240 kes, dengan Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi.
 
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Sabah mencatatkan 927 kes. Daripada jumlah itu jelasnya 439 kes dikesan di Penjara Kepayan.
 
“Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 194 kes. Daripada 194 kes baharu ini, 120 kes daripada kluster-kluster sedia ada dan baharu,” katanya pada sidang media hari ini.

Berdasarkan pecahan, selain Sabah, Selangor  mencatatkan 176 kes, Pulau Pinang (61 kes), Negeri Sembilan (25 kes), Kuala Lumpur (17 kes), Perak (8 kes), Sarawak (7 kes), Labuan (5 kes) dan Johor (4 kes).

Kedah dan Terengganu masing-masing mencatatkan tiga kes manakala Melaka pula mempunyai dua kes.

Perkembangan terkini itu menyaksikan jumlah keseluruhan kes positif ovid-19 di negara ini berjumlah 27,805 kes.

Sementara itu jelas Dr Noor Hisham, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini adalah sebanyak 9,744 kes dan kesemua mereka sedang dirawat.

94 kes menerima rawatan di  di unit rawatan rapi dan 31 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 7 orang dilapor meninggal dunia hari ini dengan kesemua kes dilapor di Sabah.

Difahamkan, mereka yang meninggal dunia adalah lelaki berusia 67 tahun, 71 tahun, 61 tahun, 50 tahun dan 27 tahun, dan perempuan berusia 51 tahun dan 90 tahun.

Sabah terus catat kes tertinggi
Sementara itu, sebanyak 692 mangsa dilaporkan pilih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif mereka yang puluh 17,825 kes.

Untuk rekod, jumlah jangkitan baharu dikesan hari ini adalah jumlah kes harian tertinggi. Pada Sabtu lalu, sebanyak 1228 kes dilaporkan. 

Post a Comment

0 Comments