Covid-19: lebih 43.3 juta dijangkiti, hampir 1.2 juta kematian


DUNIA kini mencatatkan lebih 43.3 juta kes kumulatif positif Covid-19 setakat pagi ini.

Dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 494,000 jangkitan baharu telah direkodkan menjadikan angka terkumpul positif wabak itu berjumlah 43,374,127 juta.

Berdasarkan data terbaharu Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan wabak itu apabila 8.69 juta kes jangkitan direkodkan,

Ini diikuti India dengan 7.90 juta kes, manakala Brazil merekodkan 5.39 juta kes.

Jangkitan positif COVID-19 di Rusia (1,520,800), Perancis (1,208,924), Sepanyol (1,098,320), Argentina (1,090,589) dan Columbia (1,015,885) pula melepasi satu juta kes.

Sementara itu, United Kingdom (897,737), Mexico (891,160), Peru (888,715), Afrika Selatan (716,759) dan Iran (574,856), Italy (542,789) dan Chile (503,598) melepasi angka setengah juta kes.

Negara jiran Indonesia berada dalam kelompok negara yang mencatatkan kes melebihi angka 300,000 kes.

Manakala Malaysia merekodkan angka bawah 100,000 kes,namun menunjukkan peningkatan sejak kebelakangan ini.

Hampir 1.2 juta orang jadi korban
Sementara itu, Statistik serupa dari Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global akibat wabak itu kini sebanyak 1,157,465 kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 225,211 kes diikuti Brazil dengan 157,714 kes.

Post a Comment

0 Comments