Ahli Parlimen persoal tindakan Umno berhimpun ketika PKPB


SEORANG
Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan tindakan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh membangkitkan persoalan itu susulan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang tidak membenarkan orang ramai berkumpul.

“Adakah kita sudah boleh berkumpul? Meriah sekali. Untuk industri, 10 peratus staf saja boleh ke pejabat. Keluarga nak keluar makan bersama pun susah.

“Begitu bagus boleh berjalan dengan bebas tanpa pelitup muka. Orang begitu ramai,” kata bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu di Twitter.

Hannah turut berkongsikan klip video Bernama yang memperlihatkan Ahli MT Umno, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan tidak memakai pelitup muka. ada antara pemimpin Umno yang hadir namun tidak mengenakan pelitup muka dengan sempurna termasuk memakainya di dagu

Sementara itu, Naib Ketua Wanita DAP berkenaan berharap Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan jumlah saman yang dikenakan terhadap mereka yang mengingkari prosedur operasi standard (SOP) PKPP.

“Esok boleh tak umum berapa saman dikeluarkan?” sindirnya.

Sebagai rekod, PWTC terletak dibawah kawasan parlimen Segambut yang dikuasai Hannah.

Hannah persoal tindakan pemimpin Umno
Semalam, Kementerian Kesihatan mengumumkan jumlah kes harian berkaitan Covid tertinggi dilaporkan di negara ini. Sebanyak 1240 kes direkodkan dengan 7 kemtian baru dilaporkan.

Pentadbiran Muhyiddin pada semalam mengumumkan lanjutan PKPB bermula esok selama 14 hari lagi sehingga 9 Novemberdi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Seorang pemimpin kerajaan berjawatan menteri sebelum ini dikritik warganet susulan tindakannya tidak melakukan kuarantin kendiri selepas pulang dari Turki yang dizonkan sebagai kawasan merah

Post a Comment

0 Comments