Kapal karam di Miri: seorang maut, 125 lagi diselamatkan


SERAMAI 125 kru kapal Dayang Topaz diselamatkan,manakala seorang meninggal dunia dalam kejadian kapal karam, 7.7 batu nautika dari Kuala Baram, Miri, Sarawak pagi tadi.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, Pusat Koordinasi Mencari dan Menyelamat (MRCC) Putrajaya menerima aduan daripada kapal Sapura Construction yang melaporkan isyarat kecemasan daripada kapal, 6.45 pagi tadi.

Katanya, kapal Sapura Construction bergerak ke lokasi untuk mengesan lokasi sebenar kejadiaan dan mendapati kapal berkenaan mula karam dengan 62 kru masih berada di atas kapal, manakala 125 kru lagi terjun ke laut.

Semua kru yang telah dijumpai diselamatkan oleh aset-aset bantuan dan kapal-kapal yang telah tiba di lokasi kejadian.

“124 mangsa telah dapat diselamatkan, 62 mangsa selamat di atas Dayang Topaz. Dukacita dimaklumkan seorang mangsa ditemui meninggal dunia,” jelas Mohd Zubil menerusi Twitter.

Seorang mangsa dilapor maut
Operasi menyelamat disertai tiga kapal dan sebuah bot APMM berpangkalan di Miri dibantu tujuh kapal dan bot milik syarikat Petronas dan Shell.

Hasil siasatan awal mendapati insiden berlaku disebabkan salah satu kabel sauh terputus ekoran cuaca buruk menyebabkan kapal hanyut dan melanggar platform pelantar minyak. 

Post a Comment

0 Comments