TEKA-TEKI sama ada pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah bakal terus beraksi dalam saingan Kejuaraan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) pada musim depan terjawab.
Hafizh sah bakal meneruskan karier permotorannya pada musim hadapan dalam kategori Moto2 bersama pasukan baharu.
Pengurus peribadinya, Razmin Masli Abdul Razak berkata walaupun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai pasukan itu berkata, mereka telah selesai mengadakan perbincangan dengan sebuah pasukan yang berpangkalan di benua Eropah.
"Perbincangan dengan pasukan buat Hafizh Syahrin untuk saingan musim 2021 sudah selesai dan Hafizh akan kekal beraksi pada Kejohanan Dunia Moto2.
"Pasukan untuk musim 2021 akan berpangkalan di Eropah dan insya-ALLAH, pengumuman mengenai pasukan berkenaan akan dibuat dalam sedikit masa lagi," katanya.
Baru-baru ini, Aspar Team Moto2 mengesahkan khidmat pelumba Sepanyol Albert Arenas dari pasukan Aspar Team Moto3, untuk mewakili pasukan berkenaan dalam saingan Moto2 musim hadapan. perkembangan itu mencetuskan tanda tanya mengenai masa depan Hafizh.
Bagaimanapun, sebelum ini pelumba berusia 26 tahun itu ada memaklumkan bahawa beliau sudah mengadakan perbincangan awal dengan dua pasukan, bagi memastikan beliau kekal bersaing pada Kejuaraan MotoGP pada musim hadapan.
Hafizh bersama pasaukan baru musim depan |
Sementara itu Razmin berharap Hafizh Syahrin akan lebih bersemangat dengan perkhabaran gembira itu sekali gus dapat memberikan tumpuan bagi menghabiskan bagi tiga perlumbaan musim ini.
Tiga baki perlumbaan MotoGP pada musim ini adalah GP Eropah (6-8 Nov) dan GP Valencia di Litar Ricardo Tormo, Sepanyol (13-15 Nov), serta GP Portugal di Litar Antarabangsa Algarve (20-22 Nov).
0 Comments