PELUMBA pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Franco Morbidelli menjuarai saingan MotoGP Teruel di Motorland Arago malam tadi.
Morbidelli yang bermula di petak kedua memanfaatkan kemalangan awal menimpa Takaaki Nakagami di awal perlumbaan untuk merebut gelaran keduanya musim ini.
Pelumba Itali itu sebelum ini muncul juara di San Marino, bulan lalu.
"Setelah Nakagami terhempas, saya beritahu diri saya bahawa segalanya harus diberikan.
"Saya yakin dengan kerja kami, saya banyak mempercayai jentera dan ketahanan tayar.
"Ini adalah kemenangan berpasukan, yang datang dari usaha hebat semua orang, dari [ketua kru] Ramon Forcada hingga yang lain yang berusaha keras," katanya sebaik perlumbaan.
Sebelumnya pada pusingan pertama, nasib malang menimpa penunggang Nakagami yang menunggang untuk pasukan LCR Honda IDEMITSU.
Pelumba dari Jepun itu sebelumnya menguasai 'pole' untuk bermula di petak utama dan mempunyai peluang untuk muncul juara.
Sementara itu, pada perlumbaan itu, Morbidelli melengkapkan perlumbaan dengan catatan masa 41'47.652 saat. sementara dua pelumba Suzuki Alex Rins dan Joan Mir menamatkan perlumbaan di tempat kedua dan ketiga.
Morbidelli catat kemenangan kedua musim ini |
Alex Mir yang menamatkan perlumbaan di tempat ketiga semalam mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu dengan mendahului Fabio Quartararo dengan kelebihan 14 mata di carta kejuaraan dunia.
0 Comments