Bayi jadi korban terbaru Covid-19, 691 kes baru dilaporkan


MALAYSIA
mencatatkan peningkatan kes Covid-19 yang amat mengejutkan apabila 691 kes baharu dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam siaran media di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini turut memberitahu, terdapat 4 kematian baru direkodkan berkaitan wabak itu dengan kes aktif kini hampir 3,000 orang.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada kes baru yang dilaporkan hari ini, 688 melibatkan penularan dalam negara dan 3 kes import.

Dengan perkembangan itu, Malaysia merekodkan 13,504 kes Covid-19 dengan 10,427 daripadanya disahkan sembuh dan 141 menjadi korban termasuk 4 hari ini.

“Sebanyak 394 kes merupakan kes yang dikesan daripada kluster Tembok iaitu penjara di Kedah (iaitu meliputi 57% peratus daripada jumlah keseluruhan kes) hari ini.

“Semua kes positif dalam kluster Tembok yang merupakan kluster terasing di dalam kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran dan di dalam penjara,” katanya.

Selain kluster itu, 3 kes lain direkodkan di Kedah, diikuti Sabah (219) dan Selangor (38) kes.

“Bagi negeri lain Perak (8) kes, Negeri Sembilan (7), Johor (6), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (4), Sarawak (3), Pulau Pinang (3), Terengganu (1), Wilayah Persekutuan Putrajaya (1) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1),” katanya.

Menyentuh kematian hari ini, Dr Noor Hisham menjelaskan bahawa ia melibatkan 2 lelaki warga Malaysia berumur 60 tahun, bayi perempuan warga Malaysia berumur 1 tahun dan lelaki warga Malaysia berumur 85 tahun.

Kes harian tertinggi setakat kini
Katanya, bayi perempuan rakyat Malaysia itu adalah kes kematian ke-140 yang dicatat setakat tengah hari tadi. Ini adalah kematian pertama membabitkan bayi di negara ini.

"Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan memerlukan bantuan pernafasan. Saringan Covid-19 didapati positif pada 5 Oktober 2020. Kes disahkan meninggal dunia pada 5 Oktober 2020 jam 4.25 petang," katanya.

Sementara itu katanya, 31 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 8 memerlukan alat bantuan pernafasan.
pada sidang media disiarkan di Facebook KKM hari ini.

Seramai 87 pesakit dilapor sembuh hari ini.
 

Post a Comment

0 Comments