SATU kejadian gempa bumi kuat melanda Laut Aegean yang menggegarkan Greece dan Turki sehingga menyebabkan bangunan runtuh pada Jumaat.
Laporan awal oleh Reuters menyatakan gegaran berukuran 7.0 magnitud itu melanda sekitar jam 2:50 tengah hari waktu tempata n dirasai di sepanjang pantai Aegean di Turki dan barat laut wilayah Marmara.
selepas gegaran pertama, paras laut meningkat sebelum tsunami melanda daerah Seferihisar di barat Izmir dan menenggelamkan kawasan perumahan, lapor portalAhvalnews.com.
Tinjauan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) mendapati kedalaman gempa adalah 10 km dan pusat gempa berada 33.5 km dari pantai Turki.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Turki Suleyman Soylu, dalam ciapan di Twitternya memberitahu, enam kejadian bangunan runtuh dilaporkan.
Penduduk Pulau Samos, yang mempunyai sekitar 45,000 penduduk, diminta untuk menjauhkan diri dari kawasan pesisir pantai.
Bagaimanapun Datuk Bandar Izmir, Tunc Soyer memberitahu CNN Turk bahawa 20 bangunan musnah, dengan pasukan penyelamat memfokuskan usaha menyelamat mereka di 17 daripada 20 lokasi runtuhan itu.
Pasukan penyelamat turut dilapor terpaksa menggali runtuhan konkrit yang berat menggunakan tangan pada Jumaat dalam usaha mencari individu terselamat dalam kejadian gempa bumi tersebut.
Setakat pagi tadi, Agensi bantuan bencana Turki melaporkan 20 kematian dan lebih 800 individu cedera, manakala Greece merekodkan dua remaja yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah maut di Samos apabila bangunan runtuh menimpa mereka.
Lebih 800 orang pula dilapor mengalami kecederaan dalam insiden itu.
Sekurang-kurangnya 22 terkorban |
Jabatan Hal Ehwal Agama Turki membuka masjid untuk menempatkan mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat bencana berkenaan.
0 Comments