GOLONGAN pelajar dari keluarga kurang berkemampuan di Pulau Pinang terus dibela menerusi program Biasiswa Kecil Negeri (BKN) yang dimulakan kerajaan diketuai Pakatan Harapan (HARAPAN) itu.
Untuk tahun ini, seramai 1,460 pelajar dari 117 sekolah di seluruh negeri dipilih bagi menerima BKN dengan membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM999,840.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kesemua 1,460 pelajar itu terdiri dari pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri itu.
“Jumlah pemberian adalah sebanyak RM600 kepada pelajar sekolah menengah rendah manakala pelajar menengah atas (RM840).
“Justeru, Kerajaan Negeri berharap agar pemberian BKN ini dapat meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh ibu bapa terutama daripada keluarga berpendapatan rendah," katanya dipetik satu laporan dari Buletin Mutiara.
Difahamkan, sejak program itu dimulakan pada 2008 sebanyak RM23.39 juta telah dibelanjakan bagi tujuan tersebut.
Sementara itu, ketika bercakap pada Majlis Penyerahan Cek BKN Pulau Pinang Tahun 2020 dekat Komtar pada Rabu lalu, Kow Teow menyatakan harapan supaya biasiswa itu dapat menyuntik semangat kepada penerimanya.
“Adalah diharapkan pemberian ini juga diharap mampu menjadi penyuntik semangat kepada para pelajar untuk meneruskan pelajaran meskipun berdepan pelbagai kesukaran dan cabaran terutama ketika pandemik Covid-19 ini,” katanya.
Sementara itu tambahnya, atas keprihatinan Kerajaan Negeri , BKN telah ditambah baik sebanyak dua kali dengan menaikkan kadar bayaran pada tahun 2009 dan 2013.
“Kenaikan kali pertama adalah melibatkan peningkatan sebanyak 100 peratus iaitu daripada RM240 kepada RM480 bagi pelajar menengah rendah dan RM360 kepada RM760 kepada pelajar menengah atas.
“Kenaikan kali kedua pula adalah sebanyak RM120 bagi setiap kategori menjadikan kadar baru BKN kini adalah RM600 bagi pelajar menengah rendah dan pelajar menengah atas (RM840),” ulasnya.
Untuk tahun ini, seramai 1,460 pelajar dari 117 sekolah di seluruh negeri dipilih bagi menerima BKN dengan membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM999,840.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kesemua 1,460 pelajar itu terdiri dari pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri itu.
“Jumlah pemberian adalah sebanyak RM600 kepada pelajar sekolah menengah rendah manakala pelajar menengah atas (RM840).
“Justeru, Kerajaan Negeri berharap agar pemberian BKN ini dapat meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh ibu bapa terutama daripada keluarga berpendapatan rendah," katanya dipetik satu laporan dari Buletin Mutiara.
Difahamkan, sejak program itu dimulakan pada 2008 sebanyak RM23.39 juta telah dibelanjakan bagi tujuan tersebut.
Sementara itu, ketika bercakap pada Majlis Penyerahan Cek BKN Pulau Pinang Tahun 2020 dekat Komtar pada Rabu lalu, Kow Teow menyatakan harapan supaya biasiswa itu dapat menyuntik semangat kepada penerimanya.
“Adalah diharapkan pemberian ini juga diharap mampu menjadi penyuntik semangat kepada para pelajar untuk meneruskan pelajaran meskipun berdepan pelbagai kesukaran dan cabaran terutama ketika pandemik Covid-19 ini,” katanya.
Sementara itu tambahnya, atas keprihatinan Kerajaan Negeri , BKN telah ditambah baik sebanyak dua kali dengan menaikkan kadar bayaran pada tahun 2009 dan 2013.
“Kenaikan kali pertama adalah melibatkan peningkatan sebanyak 100 peratus iaitu daripada RM240 kepada RM480 bagi pelajar menengah rendah dan RM360 kepada RM760 kepada pelajar menengah atas.
Program dimulakan sejak 12 tahun lalu |
0 Comments