Ramai ahli parlimen BN nyata sokongan pada Anwar - Zahid



KENYATAAN Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan bahawa Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya mempunyai jumlah sokongan mencukupi bagi mengambil semula mandat rakyat.

Melalui satu kenyataan, Ahmad Zahid berkata, Umno dan BN tidak dapat menghalang mana-mana Ahli Parlimen dari gabungan parti politik itu untuk memberi sokongan kepada Anwar bagi membentuk kerajaan baru.

“Umno dan BN bukan merupakan parti komponen Perikatan Nasional (PN). Sokongan kepada kerajaan PN merupakan sokongan dari ahli-ahli parlimen sahaja.

“Umno dan BN tidak dapat menghalang ahli-ahli parlimen yang mengambil keputusan untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat untuk mengadap KDYMM Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan hasrat beliau sebagaimana dimaklumi.

“Saya dimaklumkan ramai ahli-ahli parlimen Umno dan BN yang telah menyatakan sokongan.

"Saya menghormati pendirian ahli-ahli parlimen berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Portal Malaysiakini dalam satu laporan kemudiannya menyatakan pegawai Zahid telah mengesahkan keasliannya kenyataan media yang berlegar di media sosial itu.

Kenyataan Zahid disahkan pegawainya
Sementara itu, Istana Negara mengesahkan kenyataan Anwar bahawa beliau dan  isterinya, Wan Azizah Ismail telah diterima untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada hari Selasa.

Dalam satu kenyataan, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, bahawa majlis itu bagaimanapun ditangguhkan susulan kegeringan Seri Paduka dan terpaksa dirawat di Institut Jantung Negara.

Post a Comment

0 Comments