Anwar buka lembaran baru politik M'sia - Farhash


PENGUMUMAN Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau telah mempunyai majoriti sokongan dari kalangan Ahli Parlimen dari semua parti politik dianggap sebagai membuka lembaran baharu kepada negara ini.

Pengerusi KEADILAN Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata begitu melalui satu kenyataan di laman Facebooknya.

Menurut Farhash, jika pertukaran kerajaan baru itu diperkenankan, ia akan menjadi gabungan entiti politik dalam pentadbiran negara yang akan membawa reformasi di dalam negara seperti yang termaktub di dalam Deklarasi Permatang Pauh 1998.

"Kelantangan suara reformasi dalam kalangan rakyat Malaysia tidak pernah hilang selama 22 tahun kita berjuang.

"Pada hari ini Presiden kita Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal membuka lembaran baharu atau A New Dawn buat Malaysia.

"Jika sebelum ini kebangkitan rakyat terhadap penyalahgunaan institusi kerajaan telah menghasilkan kerajaan Pakatan Harapan, hari ini telah terbukti bahawa satu persaudaraan baharu yang mampu menjanjikan kestabilan agar masa depan rakyat terjamin," katanya Setiausaha Politik Anwar itu.

Terdahulu, Anwar mendakwa sudah mempunyai sokongan majoriti untuk menubuhkan kerajaan baharu bagi menggantikan kerajaan Perikatan Nasional.

Dalam satu sidang media hari ini Anwar berkata, jumlah sokongan diperolehinya lebih selesa berbanding apa dinikmati Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, Anwar tidak mendedahkan jumlah sebenar sokongan diperoleh itu dan akan memaklumkannya terlebih dahulu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengumuman Anwar kemudian menyusul kenyataan parti Amanah dan DAP yang menyatakan kesemua Ahli Parlimennya menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

Tegas mereka, ia selari dengan ketetapan dibuat HARAPAN sebelum ini.

Sementara itu, Farhas turut menegaskan bahawa kerajaan baharu yang bakal wujud itu membuktikan bahawa pengkhianatan dilakukan sebahagian pemimpin yang berpaling tadah sebelum ini sesuatu yang tidak dapat diterima.
Farhash Wafa Salvador Rizal
Anwar sebelum ini berkata, tiada Ahli Parlimen yang telah berpaling tadah dari parti itu berada dalam senarai individu yang memberi sokongan terhadapnya.

Manakala bekas perdana menteri, TuN Dr Mahathir Mohammad juga belum tersenari ketika ini, namun Anwar tidak menolak bekas pengerusi parti Bersatu itu bakal memberi sokongan kepadanya.

 

Post a Comment

0 Comments