DUA parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) tampil menyokong memberi sokongan sepenuhnya kepada Presiden Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.
Sokongan itu menyusul selepas Anwar mengadakan sidang media tergempar hari ini mengumumkan telah mendapat sokongan mencukupi bagi mengambil kembali mandat rakyat dari Perikatan Nasional (PN).
Presiden Amanah, Mohamad Sabu mengesahkan 11 ahli Parlimennya akan menyokong Anwar menubuhkan kerajaan baru.
“Seperti diputuskan Majlis Presiden Pakatan Harapan sebelum ini, Amanah mengesahkan semua 11 Ahli Parlimen Amanah menyokong sepenuhnya kepimpinan Anwar dan memberikan kepercayaan kepadanya membentuk kerajaan baru,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.
Sementara itu, DAP melalui setiausaha Agung parti itu turut menyatakan sokongan sepenuhnya kepada Anwar.
"Kami mengambil maklum pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim tadi bahawa beliau telah mempunyai sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
Selaras dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan, 42 Ahli Parlimen DAP akan memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya beliau cukup bilang untuk membentuk Kerajaan," tegas parti itu.
![]() |
Amanah dan DAP sokong Anwar |
Katanya, kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin tumbang dan beliau akan menghadap Agong dalam masa terdekat.
0 Comments