PASUKAN Petronas Sprinta Racing dilapor telah mengambil keputusan bagi menyambung kontrak bersama pelumba Moto2 mereka, Xavi Vierge.
Difahamkan tempoh kontrak baru yang dipersetujui antara kedua belah pihak itu ilah bagi tempoh satu tahun lagi.
Vierge, pelumba kelahiran Sepanyol itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukannya berkata sejak menyertai Petronas Sprinta Racing untuk musim 2020, beliau berasa selesa dengan pasukan tersebut.
Itu menjadi antara alasan dia bersetuju meneruskan kontrak bersama pasukan itu.
“Terima kasih tidak terhingga kepada pasukan kerana mempercayai saya dan meneruskan kontrak selama setahun, saya sangat gembira.
“Walaupun tahun ini adalah musim yang agak ganjil, kami berjaya mencapai kemajuan dalam setiap perlumbaan, semakin hampir dengan matlamat dan jika berterusan, ia pasti lebih memberangsangkan tahun depan,” katanya.
![]() |
Vierge perbaharuai kontrak setahun lagi |
Di GP Emilia Romagna pula, Vierge meraih kemenangan podium pertamanya untuk musim 2020.
Pelumba berusia 23 tahun itu meletak sasaran berada dalam kelompok lima terbaik dalam setiap perlumbaan.