BN+PN rampas Sabah dari Warisan


GABUNGAN
Rakyat Sabah (GRS) berjaya merampas Sabah daripada Warisan Plus.

Berdasarkan kiraan tidak rasmi kebanyakkan portal berita sebentar tadi, gabungan itu yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) berjaya memenangi sekurang-kurangnya 37 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sebagai rekod,  Hanya 37 kerusi diperlukan bagi membentuk kerajaan melalui majoriti mudah.

Awal malam tadi, Setiausaha Agung Parti Pribumi bersatu Malaysia (Bersatu) Hamzah Zainuddin memaklumkan mereka telah mengambil alih kerajaan negeri.

Bersatu meletakkan lapan Adun yang berpaling tadah dari UMNO sebagai calon parti itu. Tujuh dari mereka dilapor menang.

Mereka ialah Hajiji Mohd Noor (Sulaman), Ghulam Haidan Khan Bahadar (Kawang), Mohd Arifin Mohd Arif (Membakut), Isnin Aliasnih (Klias), Limus Jury (Kuala Penyu), Masidi Manjun (Karanaan) dan Nizam Abu Bakar (Apas).

Sementara itu, Ketua BN Sabah Bung Moktar Radin dalam satu sidang media lain turut mengisytiharkan kemenangan memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada rakyat Sabah yang mahukan perubahan," katanya di ibu pejabat Umno Sabah di Kota Kinabalu.

Setakat ini, Warisan Plus dilapor menang di 20 kerusi iaitu masing-masing 13 calon dari Warisan, 6 DAP dan 1 mewakili KEADILAN.

Pandikar Amin Mulia, yang bertanding di Pitasan atas tiket United Sabah National Organisation (Usno) turut dilapor menang.

Warisan tewas pada PRN Sabah
Manakala dua lagi calon bebas Masiung Banah (Kuamut) dan Rudy Awah (Pitas) turut dilapor menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Dalam perkembangan lain, keadaan sugul dilaporkan di kediaman Shafie di Likas susulan GRS mengumumkan kemenangannya dalam PRN kali ini.

Pilihan raya ini tercetus ekoran pemimpin Umno Musa Aman mengumumkan berjaya mengumpulkan cukup sokongan wakil rakyat Sabah yang berpaling tadah daripada parti mereka untuk membentuk kerajaan negeri baru pada akhir Julai.

Bagaimanapun, kudetanya digagalkan oleh ketua menteri, Shafie Apdal, yang mendapat persetujuan Yang di-Pertua Negeri Jauhar Mahiruddin untuk membubarkan DUN Sabah, lantas membuka laluan untuk pilihan raya.

Post a Comment

0 Comments