Moratorium: MTUC kecewa dengan K'jaan Muhyiddin


KEPUTUSAN
kerajaan Muhyiddin Yassin yang tidak melanjutkan tempoh moratorium pembayaran balik pinjaman bank.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang baru, Kamarul Baharin Mansor menegaskan bahawa lanjutan pembayaran balik itu perlu kerana rakyat masih bergelut dengan kesan penularan wabak Covid-19.

Majoriti peminjam mahu kerajaan meneruskan pakej bantuan itu akan tamat pada akhir bulan ini untuk tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan lagi, sehingga tamat perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) pada Disember ini.

“Namun, pengumuman pada Rabu lalu sangat mengecewakan kira-kira 8 juta peminjam yang majoritinya sangat berharap moratorium disambung,” jelasnya.

Kamarul memberi alasan bahawa tempoh tersebut wajar dilanjutkan kerana pergerakan rakyat ketika ini terbatas.

Katanya, jika penduduk miskin bandar sebelum ini bebas melakukan 2 atau 3 kerja sehari untuk menampung kos kehidupan, ia kini tidak lagi dapat dilakukan.

“Keadaan sekarang tak macam dulu. Pergerakan sangat terhad kerana kita berdepan musuh yang tidak kelihatan,” katanya lagi.

Selain MTUC, bekas menteri kewangan turut kecewa dengan keputusan untuk tidak melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman bank itu.

Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, langkah kerajaan meminta peminjam terus berhubung dengan bank untuk lanjutan moratorium bersasar sangat mengecewakan.
 
Sementara itu, Kamarul menegaskan langkah kerajaan membiarkan peminjam berunding dengan pihak bank mewujudkan pelbagai kerenah birokrasi kerana perlu melalui proses yang panjang dan memakan masa lama.

MTUC gesa lanjut tempoh moratorium
“Jika kerajaan yang umumkan perkara itu (lanjutkan moratorium), ia akan memudahkan semua pihak kerana pakej bantuan ini akan dilaksanakan secara automatik,” katanya dengan menambah ketika krisis kesihatan inilah masa yang tepat bagi bank membantu rakyat dan kerajaan dalam meneruskan kelangsungan ekonomi negara.
 

Post a Comment

0 Comments