'Batman' dijangkiti Covid-19



PELAKON
watak utama dalam filem The Batman dilapor dijangkiti wabak Covid-19.

Agensi berita tempatan, Vanity Fair berkata, Robert Pattinson positif dan keadaan itu telah memaksa pengambaran filem adiwira itu terpaksa ditangguhkan  selepas beberapa hari ia bersambung di studio di luar London, United Kingdom.

Bagaimanapun, penerbit filem berkenaan, Warner Bros dalam kenyataannya memberitahu bahawa studio itu tidak akan mengulas mengenai masalah kesihatan membabitkan pekerjanya.

Bagaimanapun, ia mengesahkan bahawa seorang daripada pekerja yang menjalani penggambaran filem itu positif Covid-19 dan kini menjalani pengasingan.

Sementara itu, laman sesawang peminat Robert Pattinson turut dibanjiri dengan komen warganet yang mendoakan kesihatan pelakon berkenaan.

Filem berkenaan dijadualkan ditayangkan pada Oktober 2021, namun pengambarannya ditangguhkan pada Mac kerana penularan wabak berkenaan.
 

Post a Comment

0 Comments