IDEOLOGI politik di negara ini perlu dilihat dalam sudut lebih luas dan tidak hanya hanya membawakan agenda sesuatu kaum tertentu, tegas Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika ditanyakan apakah sama ada parti berasaskan kaum masih relevan dan boleh berjaya, Anwar menegaskan bahawa pandangan bahawa parti politik perlu menjadi 'melayu' untuk berjaya dalam politik adalah pandangan lapuk dan keterbelakang.
"Saya harap generasi muda dapat melihat di luar isu prinsip dan dasar ras dan (fokus pada), bukan hanya warna kulit anda," katanya pada Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia di Petaling Jaya siang tadi.
Sementara itu, ketika mengulas penubuhan sebuah lagi parti politik baru berasaskan kaum oleh bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohammad, Anwar menegaskan bahawa bekas perdana menteri itu mempunyai hak untuk menubuhkan parti baru.
Bagaimanapun beliau mengharapkan rakyat di negara ini akan "lebih matang" berpolitik setelah negara merdeka lebih dari enam dekad lalu.
"Impian saya, seperti yang saya katakan sebelumnya, adalah untuk memastikan bahawa orang Melayu merasa aman dan diberi peluang, rasa hormat dan martabat yang mereka layak.
"Tetapi setiap warga negara harus merasakan ini juga negara mereka dan diberikan hak mereka." kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu lagi.
Dr Mahathir pada Jumaat lalu mengumumkan sebuah parti politik Melayu Bumiputera yang bersifat moderat bagi melawan Bersatu yang telah 'dirosakkan'.
Menurut Dr lagi, parti itu yang belum dinamakan akan menjadi blok bebas dan tidak akan bekerjasama dengan mana-mana gabungan politik.

0 Comments