Putrajaya digesa turunkan harga pelitup muka


PUTRAJAYA digesa menurunkan harga siling pelitup muka 3 lapis pada harg lebih rendah berbanding kadar semasa yang diumumkan.

Gesaan tersebut dibuat wakil pengeluar produk pelindungan itu yang risau pengguna akan menggunakan pelitup berulang kali kerana terlalu mahal.

Ketua pegawai eksekutif Ideal Healthcare, Datuk Dr Haminuddin Hamid yang dipetik laporan FMT turut mendedahkan, bahawa syarikatnya masih akan  mendapat keuntungan sekalipun pelitup itu dijual dibawah harga RM1 seperti ditetapkan ketika ini.
https://t.me/kartelmedia
Haminuddin turut menadangkan supaya Putrajaya membeli pelitup muka secara borong daripada pengeluar tempatan dan mengagihkannya kepada kumpulan B40.

Selain dapat meringankan beban golongan itu, langkah tersebut juga jelasnya boleh mengurangkan perbuatan pengambilan untung berlebihan.

Sementara itu, Paul Selvaraj, ketua eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) berkata, kerajaan harus menimbangkan untuk menurunkan harga siling pelitup muka ke paras lebih rendah.

Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna harus memeriksa kos pengeluaran sebenar dan menyesuaikan harganya.

Sebagai rekod, pelitup muka keluaran Ideal Healthcare dijual pada harga 20 sen sekeping sebelum penularan wabak Covid-19.

Gesaan supaya harga pelitup diturunkan turut mendapat sokongan Gerakan Pengguna Malaysia. Setiausaha agungnya,  Sukhdave Singh turut menggesa Putrajaya supaya mensubsidi harga atau memberikan pelitup muka secara percuma kepada anggota masyarakat yang miskin.

BACA:
Bimbang pelitup muka dipakai berulang kali

“Membayar RM1.20 setiap hari untuk membeli pelitup muka memang membebankan,” katanya.

“Bagi ramai orang ia mungkin merupakan kos sarapan pagi mereka. Oleh sebab memakai pelitup muka kini wajib, ramai yang akan menggunakannya semula untuk menjimatkan wang. Ini berbahaya.” jelasnya.

Post a Comment

0 Comments