Pelakon veteran Abu Bakar Juah meninggal dunia



PELAKON veteran, Abu Bakar Juah,72, meninggal dunia akibat barah hati di kediamannya dekat Cheras petang semalam.

Berita pemergian bekas pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia itu dikongsikan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dalam satu entri di laman Facebook rasminyadan disahkan anaknya Safinas, 32,

Difahamkan pada 2016 Abu Bakar disahkan menghidap barah usus namun dia berjaya mengatasinya selepas menjalani 12 pusingan rawatan kemoterapi.

Bagaimanapun, pada awal tahun ini doktor mengesahkan penyakit itu kembali menyerang malah lebih agresif hingga merebak ke hati.

Allahyarham dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas diberi kebenaran keluar dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kira-kira dua minggu lalu.

Sebagai rekod, Allahyarham pernah membintangi beberapa filem antaranya Matinya Seorang Patriot dan Dukun. Manakala drama terakhir yang dibintanginya adalah Mr Grey pada tahun 2018.

Semasa berkhidmat dalam kerajaan, Abu Bakar pernah menjadi pengarah Penjara Taiping, Perak.

Allahyarham meninggalkan balu Rusidah Mohd Yassin dan empat anak dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai kira kira jam 10 pagi ini.

Post a Comment

0 Comments