Fitnah TYT: Peguam Besar Sabah diarah ambil tindakan


KETUA
Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu tindakan undang-undang diambil terhadap sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang membuat fitnah terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Shafie dipetik laporan Bernama berkata, beliau telah mengarahkan Peguam Besar Negeri Sabah mengambil tindakan perundangan berhubung dakwaan NGO itu bahawa kononnya Juhar mendapat imbuhan bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia diketuai Pengerusinya Zulkarnain Mahdar yang membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembubaran DUN oleh Juhar.
https://t.me/kartelmedia


"Itu satu fitnah, ketika pertemuan Tun Juhar turut bersama ialah peguam negeri (Peguam Besar Negeri Sabah)," katanya pada sidang media.

Shafie sebelumnya merujuk pertemuan beliau dengan Juhar bagi menasihatkan supaya pembubaran DUN diadakan berdasarkan kedudukan semasa politik negeri.

"Saya cuma menasihatkan tetapi bukan hak saya untuk membubarkan," katanya.

BACA:
Dakwaan TYT Sabah terima rasuah berniat jahat

Difahamkan, turut hadir pada pertemuan itu ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew dan Datuk Jaujan Sambakong, selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob.

Pada 30 Julai lalu, Mohd Shafie mengumumkan pembubaran DUN Sabah bagi memgembalikan mandat memilih kerajaan kepada rakyat.

Pembubaran itu selang sehari selepas bekas Ketua Menteri Sabah  Musa Aman mengumumkan beliau memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baharu.

Post a Comment

0 Comments