Warganet kecam pembunuh kucing


SATU lagi kes kekejaman terhadap haiwan dilaporkan semalam.

Persatuan Haiwan Malaysia berkata, kes terbaru membabitkan tiga ekor kucing yang dimasukkan ke dalam mesin pengering baju di sebuah kedai dobi di Kepong.

seorang saksi wanita dan pemilik kedai dobi yang mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 tengah hari tadi, perlu membuat laporan kepada polis dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) untuk tindakan selanjutnya.
https://t.me/kartelmedia
"Ia kes kedua membabitkan insiden kucing dibunuh dengan cara sebegitu di dobi. Kejadian pertama berlaku di premis dobi di Taman Gombak Ria, Batu Caves pada 2018.

"Saksi kejadian di Kepong itu diminta menyimpan bangkai kucing sehingga Unit Regulatori DVS datang ke lokasi kejadian untuk buat siasatan.

"Pembuktian ini amat penting untuk kes yang kukuh dan proses pendakwaan. Hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda maksimum RM100,000 menanti pelaku mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015," kata presidennya, Arie Dwi Andika dalam kenyataan menerusi Facebook.

Semalam, pencinta kucing berkongsikan beberapa gambar dan video yang memaparkan seorang lelaki memasukkan kucing kedalam mesin di dobi berkenaan.

Tindakan tersebut mendapat kecaman warganet.

Pada 5 Disember tahun lalu, seorang pekerja kontrak dihukum penjara 34 bulan dan didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang.

Pekerja kontrak itu memasukkan seekor kucing bunting ke dalam mesin pengering di sebuah dobi layan diri.

Lelaki itu didakwa dengan kejamnya atau secara tidak munasabah membuat atau meninggalkan untuk melakukan apa-apa perbuatan menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya terhadap seekor kucing di premis dobi di Taman Gombak Ria, Batu Caves, di sini antara jam 12.54 tengah malam dan 1 pagi, pada 11 September 2018.

Post a Comment

0 Comments