Tujuh kes baru Covid-19 dilaporkan


TUJUH kes baru Covid-19 di catatkan di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan siang tadi.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada 7 kes baru hari ini, 6 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan 2 warganegara Malaysia dan 4 bukan warganegara.

“Satu kes penularan dalam negara adalah warganegara Malaysia, iaitu kes daripada kluster PUI Novgorod,” katanya.
https://t.me/kartelmedia
Sementara itu, beliau turut memaklumkan seorang pesakit pulih hari ini, menjadikan keseluruhan kes sembuh 8,520 orang atau 97.6%.

Jumlah kematian pula kekal 122 orang apabila tiada kematian dilaporkan hari ini.

Difahamkan, 4 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 3 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 83 kes. Mereka sudah diasingkan dan diberikan rawatan,” tambahnya lagi.

Post a Comment

0 Comments