SEORANG saksi dalam kes perbicaraan membabitkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi untuk menyembunyikan nama ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low daripada urusan 1MDB.
Shahrol Azral Ibrahim Halmi,50, yang juga bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB berkata, tindakan itu bertujuan melindungi Najib Razak.
Semasa disoal balas peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed, saksi ke-9 pendakwaan itu bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan beliau menyembunyikan nama Jho Low kerana bersubahat dengan ahli perniagaan itu untuk mendapatkan ganjaran daripada firma pengurusan pelaburan, Goldman Sachs.
Ganjaran itu daripada rancangan 1MDB untuk memperoleh pengendali loji kuasa, Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd dengan harga RM10.6 bilion dan Goldman Sachs bertindak sebagai penasihat kewangan 1MBD.
Pada Februari 2012, Goldman Sachs dilantik mewakili 1MDB dalam perjanjian itu dengan bayaran 0.5% daripada harga bidaan, jika pemerolehan itu berjaya.
Shahrol Azral mengakui Jho Low bertanggungjawab mengusulkan Goldman Sachs sebagai “bookrunner, underwriter dan arranger” bagi proses pembiayaan pemerolehan itu, selain menjadi penasihat kewangan rasmi 1MDB.
Katanya, usaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Tanjong Energy dilakukan sejak Disember 2011 dan ia diterajui Ketua Pegawai Pelaburan 1MDB ketika itu, Vincent Koh bersama penasihat umum 1MDB, Jasmine Loo dan Goldman sendiri.
“Mereka bekerja keras meskipun pada cuti umum. Bukan perkara biasa jika penasihat atau bank yang bakal menandatangani kontrak berbuat demikian sebelum mereka menandatangani atau menjadi penasihat, seperti yang berlaku dalam kes Goldman.
“Meskipun mereka menandatangani kontrak untuk menjadi penasihat pada Februari, mereka sudah mula bekerja pada Disember 2011.” tambahnya seperti dilapor Malaysiakini.
Ditanya sama ada Jho Low adalah broker bagi Goldman, Shahrol Azral berkata, beliau sebaliknya melihat ahli perniagaan itu sebagai fasilitator kerana mempunyai hubungan dengan semua pihak berkepentingan relevan, termasuk perdana menteri.
Menjawab soalan lain, Shahrol Azral mengakui lembaga pengarah 1MDB tidak dimaklumkan pengurangan harga pemerolehan itu sebanyak RM2.1 bilion, yang bermaksud dana pelaburan negara itu hanya perlu membayar sekitar RM8.5 bilion.
“Lembaga pengarah itu hanya dimaklumkan harga pemerolehan tersebut boleh mencecah RM10.6 bilion dan mungkin lebih rendah.” tambahnya lagi.
Najib, 67, berdepan 4 pertuduhan, iaitu menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

0 Comments