TINDAKAN pihak berkuasa India 'menahan' seekor kambing gara-gara gara-gara tidak memakai pelitup muka menjadi jenaka di India.
Dalam kejadian pelik itu berlaku di kawasan Beconganj daerah Kanpur itu, kambing tersebut tersebut didakwa telah melanggar perintah lockdown kerana tidak memakai pelitup muka.
Pihak berkuasa turut membawa haiwan itu ke balai polis dengan menaiki jip.
Bagaimanapun, agensi berita antarabangsa, berkata polis pada mulanya mahu menahan seorang remaja yang tidak memakai pelitup muka.
Bagaimanapun sebaik menyedari kehadiran penguatkuasa itu, remaja berkenaan melarikan diri dan meninggalkan kambing miliknya.
“Dia melarikan diri, Polis kemudiannya ‘menahan’ haiwan itu,” kata jurucakap balai polis Anwarganj.
“Dia melarikan diri, Polis kemudiannya ‘menahan’ haiwan itu,” kata jurucakap balai polis Anwarganj.
Bagaimanapun, salah seorang anggota polis yang terlibat dalam operasi itu mempertahankan tindakan mereka.
Anggota menegaskan bahawa kambing tersebut seharusnya memakai pelitup muka.
“Ramai orang kini memakaikan pelitup muka pada anjing mereka. Jadi, mengapa tidak kambing juga berbuat demikian?” ujarnya dipetik laporan berkenaan.
Kenyataan anggota itu menjadi bahan jenaka di media sosial.
Bagaimanapun, kambing tersebut dilaporkan telah 'dibebaskan' oleh pihak berkuasa.
Pemilik kambing tersebut yang menyedari kejadian itu bergegas ke balai polis dan dia kemudiannya diberi amaran supaya tidak membiarkan haiwan terbabit berkeliaran.
0 Comments