MENTERI Kewangan Tengku Zafrul Tengku Zainal Abidin digesa mendedahkan terma penuh perjanjian penyelesaian dipersetujui kerajaan dengan Goldman Sachs.
Ahli Parlimen Subang Wong Chen dalams tu sidang media di Parlimen berkata, dengan mengambil kira kerugian yang ditanggung negara akibat skandal 1MDB, persetujuan dicapai dengan bank pelaburan antarabangsa dengan nilai AS$3.9 bilion (RM16.62 bilion) atas peranannya dalam skandal 1MDB itu bukanlah penyelesaian terakhir.
Tambahnya, pendedahan itu penting kerana mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) suka membesar-besarkan butiran yang menurutnya dapat dilihat dalam pakej rangsangan ekonomi bagi berdepan Covid-19.
Sehubungan itu, beliau mahu Tengku Zafrul menjelaskan empat perkara mengenai jamin tersebut, iaitu:
- Apakah sebenarnya jaminan Goldman Sachs?
- Apakah usaha yang dibuat Goldman Sachs untuk mendapatkan semula jumlah AS$1.4 bilion itu?
- Adakah jumlah itu sebahagian daripada apa yang telah dan sedang didapatkan semula oleh kerajaan AS?
- Apakah tempoh masa yang diberikan kepada Goldman Sachs untuk mendapatkan jumlah itu sebelum membuat bayaran kepada Malaysia?
“Tanpa memberi keterangan penuh mengenai soalan-soalan ini, rakyat Malaysia tidak akan dapat membuat penilaian yang betul berkenaan nilai sebenar pampasan," katanya.
Wong Chen turut mahu Tengku Zafrul mendedahkan sepenuhnya apa implikasi undang-undang kepada Goldman Sachs dari segi kes jenayah.
Difahamkan, di bawah penyelesaian berjumlah AS$3.9 bilion (RM16.62 bilion) dilaporkan media baru-baru ini, Goldman Sachs akan membayar AS$2.5 bilion (RM10.66 bilion) secara tunai kepada kerajaan Malaysia manakala baki AS$1.4 bilion (RM5.97 bilion) sebagai "jaminan" untuk memastikan aset yang diperoleh menggunakan dana 1MDB akan dikembalikan ke Malaysia.
Susulan laporan itu, bekas menteri kewangan Lim Guan Eng tampil mempersoal sama ada rakyat Malaysia sebenarnya 'ditipu'.
BACA: Sepatutnya M'sia tuntut RM31.97 bilion - Lim Guan Eng

Lim berkata, kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini telah menuntut AS$ 7.5 bilion (RM31.97 bilion) yang merangkumi nilai tiga bon Goldman Sachs yang diatur untuk 1MDB bernilai AS$ 6.5 bilion (RM27.71 bilion) dan tambahan AS$ 1 bilion (RM4.26 bilion) bagi menampung kos faedah sehingga kini.
Penyelesaian terkini dilaporkan itu jelasnya terlalu rendah dari nilai yang sepatutnya.
Penyelesaian terkini dilaporkan itu jelasnya terlalu rendah dari nilai yang sepatutnya.
0 Comments