SEORANG penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas motosikalnya merempuh sebuah treler.
Dalam kejadian di Kilometer 29 Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi (simpang tiga Bukit Perpat) di Kuala Berang jam 6 petang semalam, Arman Che Aziz, 27, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada anggota badan.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, siasatana wal mendapati treler yang membawa muatan simen dalam perjalanan dari arah Ajil menghala ke Bukit Perpat.
![]() |
Keadaan motosikal mangsa | Foto - Ihsan Polis |
"Ketika treler sedang membelok ke kanan simpang tiga Bukit Perpat, motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan tiba-tiba merempuh tayar belakang kiri treler.
"Rempuhan itu menyebabkan mangsa terjatuh di petak kuning simpang jalan manakala motosikalnya terbakar," katanya dipetik.
Susulan kejadian itu, mayat mangsa jelasnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.
0 Comments