ULASAN| Dr Mahathir Mohamad dilaporkan oleh banyak pihak media, baru-baru ini, ada berkata bahawa Anwar Ibrahim tidak sesuai menjadi perdana menteri kerana dia memimpin KEADILAN, sebuah parti pelbagai kaum.
Pada pandangan saya, pendirian Mahathir itu salah. Malah sebaliknya, pemimpin parti pelbagai kaum adalah paling sesuai untuk menjadi perdana menteri bagi negara ini. Malaysia adalah sebuah negara pelbagai kaum.
Mewujudkan masyarakat adil dan negara demokratik yang progresif serta bersatu merupakan tujuan dan matlamat perjuangan KEADILAN seperti ditulis di dalam Fasal 5.1 Perlembagaan KEADILAN.
Kepada Mahathir saya ingin bertanya kenapa pemimpin yang mendukung cita-cita untuk mengwujudkan masyarakat adil; untuk mengwujudkan negara demokratik; untuk mengwujudkan negara progresif dan untuk mengwujudkan negara yang bersatu tidak sesuai menjadi perdana menteri Malaysia?
“Menghormati sistem Raja Berperlembagaan, memperkukuh Demokrasi Berparlimen dan mendukung hak serta kuasa rakyat, dan berusaha untuk memantapkan sistem politik negara yang sesuai dengan kehendak serta kepentingan rakyat.” Adalah merupakan tujuan dan matlamat perjuangaan KEADILAN sebagaimana disebut di dalam Fasal 5.2 Perlembagaan KEADILAN.
Tujuan dan matlamat KEADILAN ini jelas menunjukkan KEADILAN sebagai sebuah parti reformasi tetap menghormati sistem Raja Berperlembagaan yang selari dengan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kedudukaan dan kuasa institusi Raja-Raja sebagaimana dinyatakan dalam Bahagian IV (Persekutuan) dan Bahagian V (Negeri-Negeri).
Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan berkenaan kesamarataan di mana Perkara 8 (1) menyebut: “semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.”
Intisari dan semangat Perlembagaan Persekutuan ini diangkat menjadi tujuan dan matlamat perjuangan KEADILAN yang ketiga, sebagaimana ditulis di dalam Fasal 5.3 Perlembagaan KEADILAN yang berbunyi: “ Menegakkan kedaulatan undang-undang yang adil, media massa serta kehakiman yang bebas, dan pasukan keselamatan yang mendukung prinsip-prinsip profesionalisme.”
Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan diangkat menjadi tujuan dan matlamat keempat perjuangan KEADILAN sebagaimana dinyatakan secara bertulis dalam Fasal 5.4 Perlembagaan KEADILAN: “Menjamin kebebasan berfikir, bersuara, bergerak, berhimpun dan berpersatuan kepada semua,”
Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan : “ Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan.”
Intisari dan semangat Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan ini diangkat menjadi tujuan dan matlamat perjuangan KEADILAN yang kelima sebagaimana di sebut di dalam Fasal 5.5 Perlembagaan KEADILAN : “ Menghayati Islam sebagai agama Persekutuan sambil memastikan bahawa hak masyarakat bukan Islam mengamalkan agama atau kepercayaan masing-masing terus terjamin dan menggalakkan peranan agama serta nilai-nilai sejagat untuk menegakkan kebenaran, keadilan, ketinggian akhlak, pembangunan insan dan martabat manusia.”
Fasal 5.6 Perlembagaan KEADILAN menyatakan : “ Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, disamping menjamin hak rakyat mengguna, mempelajari dan mendapat pendidikan dalam bahasa-bahasa lain; dan menggalak perkembangan kebudayaan serta kesenian Malaysia, berasaskan unsur-unsur daripada semua warisan peradaban yang wujud di negara ini.”
Fasal 5.6 Perlembagaan KEADILAN berhubung perkara bahasa Melayu bersesuaian dengan Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu.
Sekadar menyebut enam tujuan dan matlamat perjuangan KEADILAN, sebagaimana dihuraikan di atas, saya berpendapat sudah cukup untuk menyangkal dan menolak pendirian Dr Mahathir menyatakan Anwar tidak layak menjadi perdana menteri kerana memimpin parti pelbagai kaum.
Mahathir silap sebenarnya. Yang tidak layak menjadi perdana menteri Malaysia ialah pemimpin parti politik yang mendukung dasar diskriminasi kaum; yang menolak pembinaan sebuah negara demokratik yang bersatu; dan yang mengamalkan dasar pecah-belah kaum dan agama untuk tujuan terus berkuasa.

HASSAN ABDUL KARIM ialah anggota parlimen Pasir Gudang.
Tulisan ini telahpertama kali disiarkan di Malaysiakini dan dan ia tidak mencerminkan pendirian rasmi Kartel
0 Comments