Bekas DJ Traxx FM ditemui mati


BEKAS
penyampai sebuah saluran radio tempatan ditemukan mati di kediamannya di Seremban semalam.

Memetik laporan Awani, jenazah Gary Ashraf  Ratnam Abdullah, 55, atau dikenali sebagai Scam Boy masih ditempatkan di bilik mayat Hospital Hospital Tuanku Ja'afar untuk bedah siasat.

Sumber yang dipetik portal itu memberitahu, bedah siasat mungkin dilakukan pagi ini.

Sementara itu, Ketua Polis Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim mengesahkan polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat Gary Ashraf kira-kira pukul 10.20 pagi semalam.
https://t.me/kartelmedia
"Setiba di tempat kejadian, pihak polis menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di kediamannya dan disahkan telah meninggal dunia," kata menurut laporan itu.

Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Allahyarham dikatakan memeluk Islam selepas berkahwin dengan pilihan hatinya.

Gary sebelum ini popular dalam program Morning Zoo dengan panggilan 'Gary, the Scamboy' di Traxx FM bersama rakannya '1 Singh' yang diperkenalkan pada 2011.

Traxx.FM merupakan radio berbahasa Inggeris di bawah naungan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Post a Comment

0 Comments