PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan Putrajaya mencari pendekatan ekonomi sesuai dengan norma baharu untuk mengatasi masalah kemiskinan penduduk.
Ketika memberi ucapan di Parlimen awal minggu ini, Anwar berkata, pendemik Covid-19 yang melanda dunia telah memberi kesan terhadap golongan pekerja dan menyebabkan jumlah pengangguran meningkat.
Sehubungan itu, kerajaan tegasnya wajar memastikan pakej ransangan yang akan disalurkan nanti dapat sampai ke golongan memerlukan dan ketirisan dana tersebut dapat dielakkan.
“Jumlah peruntukan besar..RM28 bilion setahun (ekonomi). Ketirisan juga sangat besar. Setiap tahun Audit Negara (Jabatan Audit Negara) ulang perkara ini.
“Bila buat rumah ada kecurangan..belum lagi bantuan makanan. Jadi hal ini perlu diubah dengan pendekatan baharu kerana ini tanggungjawab kita membantu hidup rakyat susah,” kata Presiden KEADILAN itu.
Sementara itu, Anwar turut menggesa isu kemiskinan dibincangkan dengan telus.
Ketua Pembangkan di Parlimen itu menekankan bahawa usaha menangani masalah kemiskinan akan gagal dibasmi jika fakta dan situasi sebenar kemiskinan di negara ini disembunyikan.

0 Comments