KETUA MENTERI, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menolak tuntutan ganti rugi RM1 bilion dikemuka Musa Aman.
Dalam satu kenyataan yang mengesahkan bahawa yayasan Sabah milik kerajaan negeri itu telah menerima notis tuntutan saman dari Musa Aman berkata beliau berkata “akan berjumpanya (Musa) di mahkamah”.
“Ya, kami telah terima notis tuntutan mereka menyaman kami RM1 bilion. Tetapi takapa, kita jumpa di mahkamah.
“Ini bagi kepentingan rakyat Sabah dan mereka perlu tahu apakah yang berlaku ke atas kekayaan yang dimiliki oleh Yayasan Sabah.” kata Shafie.
Sebelum ini, Musa melalui peguamnya Tengku Fuad Ahmad memfailkan notis tuntutan telah dihantar kepada yayasan berkenaan dengan menamakan Shafie sebagai pengerusi lembaga pemegang amanah.
Musa turut menamakan 2 pemegang amanah, iaitu Jamalul Kiram Mohd Zakaria dan Douglas Lind dalam tuntutan itu.
Tuntutan itu dibuat susulan pendedahan Jamalul pada Jumaat bahawa yayasan berkenaan memfailkan saman bernilai ratusan juta kepada bagi mendapatkan wang berjumlah RM872 juta yang didakwa hilang semasa Musa menjadi pengerusi lembaga pemegang amanah yayasan berkenaan.
BACA: Yayasan Sabah saman Musa Aman
Jamalul berkata, lembaga pemegang amanah percaya dana itu hilang susulan aktiviti pembalakan yang meragukan.
Sementara itu, Tengku Fuad berkata, Musa mahu ketiga-tiga individu dinamakan itu membayar wang sebanyak RM1 bilion dalam tempoh 24 jam selepas menerima notis berkenaan.
Mereka juga dikehendaki menulis surat permohonan maaf tanpa syarat kepada Musa dan menarik balik kenyataan yang dibuat sebelum .
0 Comments