Seorang lagi mangsa jangkitan Covid-19 meninggal dunia


KEMENTERIAN Kesihatan memaklumkan sebanyak 37 kes jangkitan baru wabak koronavirus dilaporkan hari ini.

Susulan perkembangan terbaharu itu, jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia setakat kini adalah seramai 8,303.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham, daripada 37 kes baru yang dilaporkan, 8 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 29 kes penularan dalam negara, 19 kes adalah bukan warganegara dan 9 kes dalam kalangan warganegara.

Tambahnya, ketika ini kes aktif berkaitan wabak itu adalah sebanyak 1,552.

“Sehingga kini 5 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, tidak ada yang memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Pada sidang media siang tadi, Dr Noor Hisham turut memaklumkan  1 kes kematian membabitkan Covid-19, wanita berkenaan merupakan kontak rapat kes positif Covid-19 ke-1,508.

Korban ke-117 yang berusia 79 tahun  itu menunjukkan gejala jangkitan bermula 18 Mac lalu dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 26 Mac setelah disahkan positif Covid-19.

“Beliau disahkan meninggal dunia pada 5 Jun jam 2.05 petang. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga,” katanya.

Post a Comment

0 Comments