LIMA buah kereta yang diparkir di tepi jalan rosak teruk dirempuh sebuah bas kilang.
Kemalangan yang berlaku di Paya Terubong , Pulau Ponang jam 6.55 petang semalam itu didakwa berpunca daripada kerosakan brek bas hingga menyebabkan pemandunya terbabas.
Memetik laporan Sinar, pemandu bas berusia 67 tahun berkenaan dikatakan cuba mengawal kenderaan dipandunya itu dengan melanggar binaan konkrit di kiri jalan namun gagal menghentikan bas berkenaan.
BAs tersebut kemudiannya terus meluncur sebelum merempuh lima buah kereta yang diletakkan di bahu jalan tersebut.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong yang dipetik laporan itu berkata, akibat kejadian itu pemandu bas serta tujuh penumpang lain mengalami kecederaan.
"Siasatan mendapati bas berkenaan dipandu dari arah Lagenda Heights menghala ke arah Jalan Paya Terubong.
"Apabila sampai di Tingkat Paya Terubong, pemandu mendapati brek bas mengalami kerosakan dan menyebabkan ia hilang kawalan sebelum merempuh lima kenderaan lain," katanya.
Katanya, siasatan lanjut mengenai kejadian itu berkenaan sedang dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
0 Comments