Pengkaji Covid-19 ditemui mati ditembak


SEORANG
profesor yang hampir membuat 'penemuan signifikan' berkaitan wabak koronavirus (Covid-19) ditemui mati dengan kesan tembakan pada hujung minggu lalu.

Bing Liu, 37,  profesor University of Pittsburgh, Pennsylvania, ditemui di rumahnya pada Sabtu, dengan kesan tembakan di kepala, leher, badan dan kaki.

Kenyataan Jabatan Polis Ross menyebut, pasukan penyiasat turut menemui mayat seorang lelaki  dalam sebuah kereta di luar rumah Liu.

Mereka tidak menolak kemungkinan lelaki itu yang dikenali sebagao Hao Gu, 46, bertanggungjawab menembak dan membunuh Liu sebelum membunuh diri.

"Siasatan awal menunjukkan kedua-dua mereka saling mengenali, tetapi tidak ada bukti yang menunjukkan ia satu jenayah kebencian," kata jurucakap polis, Detektif Brian Kohlhepp.

Liu, yang memperoleh ijazah kedoktoran dari Universiti Nasional Singapura, pernah bertugas sebagai penyelidik di Carnegie Mellon University, Pennsylvania, sebelum memulakan tugas di Fakulti Perubatan, University of Pittsburgh.

Sementara itu,  pihak universiti menzahirkan rasa sedih dengan kematian tragis Liu.

"Liu hampir membuat penemuan yang sangat penting untuk memahami mekanisme selular yang mendasari jangkitan SARS-CoV-2 dan asas selular dari komplikasi tersebut," kata universiti tersebut menerusi satu kenyataan.

Universiti itu juga memaklumkan anggota fakulti dimana Liu bertugas dalam usaha untuk menyelesaikan kajian Liu, ia sebagai satu penghormatan kepada mendiang.

Post a Comment

0 Comments