Kit Siang tambah Sinar Harian sebagai defendan kes saman


PEMIMPIN vateran, Lim Kit Siang menambah Akhbar Sinar Harian sebagai defendan dalam saman fitnah terhadap bekas Ketua Polis Negara (IGP) Mohammed Hanif Omar.

Peguam Lim, Rayveni Asogan berkata Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mac tahun ini membenarkan permohonan plaintif  menambahkan akhbar harian itu sebagai defendan kedua dalam saman Lim terhadap Hanif.

"Kami diberi kebenaran untuk menambah Sinar Harian sebagai satu pihak dalam saman itu.

"Arahan itu dikeluarkan pada 11 Mac 2020. Permohonan (untuk menambah Sinar Harian sebagai defendan) telah difailkan pada Januari tahun ini," kata Reyvani dipetik laporan Malaysiakini.

Permohonan itu difailkan pada awal Januari tahun ini.

Lim pada Oktober 2018 mengemukakan saman fitnah terhadap Hanif atas kenyataan mengenai penangkapan Lim yang dikaitkan dengan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Saman itu berkaitan artikel yang diterbitkan oleh Sinar Harian bertajuk 'Tun Hanif buat pendedahan DAP, PAS', yang diterbitkan pada 6 September tahun lalu.

Dalam artikel itu, Hanif mendakwa beliau mengarahkan penahanan Lim demi keharmonian negara semasa rusuhan perkauman 1969. Lim menggambarkan kenyataan Hanif itu sebagai mengarut.

Sementara itu menurut Rayveni, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 15 Julai untuk mendengar permohonan plaintif bagi meminda pernyataan tuntutan saman untuk menambahkan Sinar Harian sebagai defendan kedua.

Beliau menjelaskan pernyataan tuntutan saman tersebut belum dipinda, dan kertas kausa masih belum diserahkan kepada Sinar Harian.

Tarikh perbicaraan masih belum ditetapkan bagi mendengar saman berkenaan.

Post a Comment

0 Comments