Indonesia terjejas teruk, lebih 4 juta kes seluruh dunia


BILANGAN
kes positif koronavirus (Covid-19) dinegara jiran Indonesia terus meningkat kepada 14,265 kes dengan jumlah kematian kini sebanyak 991 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19 yang dipetik laporan Bernama, Achmad Yurianto berkata, sebanyak 18 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam.

"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, tambahan kes positif baharu ialah sebanyak 233 kes, menjadikan kes positif kini meningkat kepada 14,265 kes," katanya.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu 441 kes, diikuti Jawa Timur (149), Jawa Tengah (95) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Di Singapura,
Kementerian Kesihatan republik itu  mengesahkan 486 kes baharu semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 23,822.

Bagaimanapun jumlah kes yang dilaporkan itu antaranya disebabkan sedikit ujian diproses di makmal kerana ia bagi menentukur semula satu daripada kit ujian yang digunakan.

Republik itu setakat ini mengenal pasti lima kluster baharu pada Ahad dan sebanyak 90 kluster dilaporkan setakat ini.


Sementara itu, Jumlah kes positif Covid-19 di seluruh dunia melepasi 4 juta orang pada Isnin, menurut statistik dikumpul Wikipedia berdasarkan sumber rasmi.

Sekurang-kurangnya 4,148,00 kes dicatatkan sehingga semalam dengan 284, 124 kematian direkodkan di seluruh dunia.

Amerika Syarikat ialah negara paling teruk terjejas dengan mencatatkan 1,369.496 kes dan lebih 80 ribu kematian.

Eropah pula menjadi benua paling teruk terjejas dengan lebih 1.7 juta kes dan hampir 160 ribu kematian.

Data sama mencatatkan 1,428,161 pesakit pulih.

Kadar jangkitan dilaporkan pula ialah seramai 533 orang bagi setiap sejuta. Bagaimanapun kes jangkitan baru seluruh dunia menunjukkan aliran graf mendatar.

Post a Comment

0 Comments