Wuhan menang, isytihar tutup hospital sementara


SEBUAH hospital sementara di wilayah Wuhan, China yang dibuka untuk merawat pesakit koronavirus (Covid-19) dihentikan operasi pada Rabu.

Keputusan itu susulan jumlah jangkitan wabak itu di wilayah itu semakin berkurangan, lapor agensi berita Xinhua.

"Penutupan operasi hospital itu satu perkembangan penting selepas berbulan-bulan berjuang memerangi wabak maut itu," kata Jiao Yahui, seorang pegawai Suruhanjaya Kesihatan Negara yang dipetik Bernama.

Hospital Wuhan Leishenshan dibina hanya dalam masa 10 hari, Kumpulan pesakit yang terakhir dipindahkan ke hospital biasa pada Selasa.

Pada majlis penutup, doktor dan jururawat mengibarkan bendera dan menuliskan nama mereka di pakaian rakan-rakan seperjuangan sebagai tanda kenangan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa berkata buat masa ini Hospital Leishenshan tidak akan dirobohkan.

"Kami berharap pihak hospital langsung tidak akan beroperasi lagi," kata seorang pegawai daerah sambil diiringi tepukan gemuruh orang ramai.
 

Post a Comment

0 Comments