Tour de France 2020 bakal ditunda


PERLUMBAAN jelajah berbasikal tersohor, Tour de France berkemungkinan bakal ditunda ke Ogos ini.

Ia susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang menyebabkan  tempoh lockdown di Perancis, dimana perlumbaan itu akan berlangsung dijangka berlanjutan sekurang-kurangnya sehingga 11 Mei ini.

Agensi berita Xinhua melalui laporanya berkata, pihak penganjur akan berbincang mengenai tarikh baharu untuk kejohanan berbasikal berprestij itu.

Sementara media tempatan L'Equipe melaporkan perlumbaan yang awalnya dijadual bermula di Nice pada 27 Jun dan berakhir di Paris 19 Julai itu  mungkin akan ditunda ke tarikh 29 Ogos hingga 20 September.

Perlumbaan Tour de France merupakan perlumbaan basikal paling dinantikan peminat, kerana mempertaruhkan nama-nama besar pelumba prefosional berbasikal.

tahun lalu sahaja perlumbaan sejauh lebih 3,000 kilometer itu menarik lebih 10 juta peminat.

Saranan Menteri Sukan Perancis, Roxana Maracineanu pada Mac lalu agar perlumbaan diadakan tanpa kehadiran penonton ditolak pihak penganjur.

Post a Comment

0 Comments