Segelintir pemandu teksi resah belum dapat bantuan


MASUK
fasa ketiga Perintah kawalan pergerakan (PKP), terdapat segelintir pemandu teksi mendakwa belum mendapat bantuan seperti dijanjikan.

Presiden Gabungan Teksi SeMalaysia, Kamaruddin Mohd Hussain berkata, beliau menerima banyak aduan daripada pemandu teksi yang belum mendapat bantuan kewangan kerajaan dan merayu kerajaan memperluaskan pemberian Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada pemandu teksi yang tidak disenaraikan secara rasmi sebagai penerima.

Tambah kamaruddin, mereka merasa kecewa dengan sikap Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) kerana tidak menyenaraikan mereka sebagai penerima hanya kerana mereka belum memperbaharui kad pemandu.

Apad dakwanya menganggap pemandu yang tidak memperbaharui kad mereka sebagai tidak aktif dan ini menyebabkan ramai pemandu yang memiliki lesen PSV serta permit sah terkilan.

“Ia adalah tanggungjawab Apad untuk memberitahu semua pemandu memperbaharui kad pemandu mereka sebelum menyerahkan senarai penerima kepada Kementerian Pengangkutan dan Kewangan.”

“Kami berharap kerajaan akan mempertimbangkan untuk membantu kami.” katanya dipetik laporan FMT.

Sementara itu Kamaruddin juga menegaskan bahawa kebanyakan pemandu tidak mempunyai kemahiran lain kecuali memandu untuk membantu mereka meraih pendapatan ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Sebagai rekod, kerajaan menganggap teksi sebagai perkhidmatan asas dan mengecualikan sektor itu daripada sekatan PKP. Namum kebanyakan masa pemandu teksi tidak mempunyai pelanggan kerana rakyat tidak keluar rumah.

entadbiran Muhyiddin sebelum ini mengumumkan bantuan tunai RM600 kepada pemandu teksi, pemandu pelancong dan penunggang beca.

Post a Comment

0 Comments