Peratusan pulih kini meningkat kepada 53.4 peratus


JUMLAH
keseluruhan individu dijangkiti koronavirus (Covid-19) dinegara ini setakat siang tadi adalah seramai 5,182 orang sehingga kini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 110 kes jangkitan baru dilaporkan berbanding 85 kes semalam.

Sehingga siang tadi jelas Dr Noor Hisham berkata 2,332 orang pesakit masih dirawat.

56 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan  29 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu secara keseluruhan 2,766 pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang. bagi temph 24 jam lalu sebanyak 119 kes jangkitan Covid-19 turut dilapor pulih.

Sementara itu Dr Noor Hisham memaklumlan terdapat seorang pesakit meninggal dunia menjadikan keseluruhan pesakit menjadi korban wabak itu kini seramai 84 orang.

Mangsa jelas Dr Noor Hisham adalah seorang lelaki warganegara berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung dan darah tinggi.

Beliau di rawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak 9 April lalu dan disahkan meninggal dunia pada 15 April jam 12.55 tengah hari. 

Post a Comment

0 Comments