MUFTI Pulau Pinang. Dr Wan Salim Mohd Noor mendedahkan bahawa Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) mencadangkan agar Solat Hari Raya Aifilfitri tahun ini tidak dilakukan di masjid dan surau.
memetik laporan sebuah portal, Wan Salim turut berkata keputusan dalam mesyuarat itu memutuskan ia hendaklah dilakukan di rumah bersama anggota keluarga.
“(MKI juga) mencadangkan supaya rakaman solat Hari Raya Aidilfitri dan takbir hari raya pada tahun-tahun lalu disiarkan melalui televisyen dan radio untuk menzahirkan syiar hari kebesaran Islam tersebut,” katanya menurut laporan Malaysiakini.
Umat Islam dijangka berpuasa mulai Jumaat ini, manakala sambutan Hari Raya Aidilfitri pula pada 24 Mei depan.
Wan Salim berkata MKI juga menyarankan solat Tarawih tahun ini tidak dibenarkan diadakan di masjid secara berjemaah.
“Sebaliknya umat Islam hendaklah melakukannya di rumah bersama anggota keluarga masing-masing,” katanya.
MKI juga, katanya lagi, mencadangkan solat Jumaat dan solat berjemaah diteruskan selama perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
“Untuk memenuhi fardhu kifayah hanya imam, bilal dan siak sahaja dibenarkan mendirikan solat berjemaah di masjid,” jelasnya.
0 Comments