Lelaki Myanmar maut jatuh flat selepas ditikam


SEORANG
lelaki warga Myanmar dilapor maut selepas terjatuh dari tingkat 5 rumah flat didiaminya.

Dalam kejadian di Taman Pelangi di Bukit Mertajam itu, mangsa, lelaki berusia 30 tahun itu sebelumnya dilapor bergaduh dengan rakan senegaranya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Mohd Mustafa Bidin berkata, pemeriksaan awal menemukan beberapa kesan kecederaan lain termasuk kesan tikaman di beberapa bahagian badan mangsa.

Difahamkan juga, rakan serumah mangsa yang juga warga Myanmar didapati cedera dan dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan sebelum ditahan untuk siasatan dan polis turut menemukan sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan itu.

Katanya, siasatan awal mendapati 2 lelaki itu bekerja sebagai operator di kilang yang sama di Perai dan semasa kejadian hanya tinggal mereka berdua di rumah yang dijadikan asrama pekerja.

Manakala 4 lagi rakan serumah mereka dilaporkan bekerja.

“Menurut jiran mereka iaitu seorang wanita warga Indonesia yang juga pekerja kilang, 2 lelaki itu bergaduh bermula pukul 1 tengah hari kerana dia terdengar bunyi bising dari rumah mereka namun dia tidak tahu apa yang terjadi kerana tidak faham bahasa Myanmar,” katanya.

Mustafa berkata polis tidak menolak kemungkinan mereka dalam keadaan mabuk ketika kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Post a Comment

0 Comments