MALAYSIA hari ini mencatatkan kes terendah positif koronavirus (Covid) dikesan sejak 24 Mac lalu.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 85 kes baru Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang berakhir 12 tengahari tadi.
Sejak 15 Mac lalu, Malaysia sering mencatatkan bilangan kes baru setiap hari mencecah 100 dan ke atas.
Bagaimanapun, disebalik penurunan kes baharu yang dikesan itu, angka pesakit positif koronavirus di negara ini kini melebihi angka 5 ribu. 5,072 kes dicatatkan setakat kini.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah seorang pesakit dirawat meninggal dunia dalam tempoh sama.
Pesakit tersebut merupakan lelaki warga Malaysia berusia 69 tahun, dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi dan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 21 Mac dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.41 pagi hari ini.
Jumlah kematian keseluruhan setakat kini adalah seramai 83 orang.
Selain itu, sejumlah 169 pesakit Covid-19 telah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh kepada 2,647 kes atau 52.2 peratus.
Setakat kini seramai 56 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) berbanding 60 yang dilaporkan semalan.
Daripada jumlah itu, seramai 32 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, kurang satu berbanding semalam.
0 Comments