Direct debits: CIMB tampil beri penjelasan


CIMB Bank memberi jaminan kepada para pelanggannya bahawa transaksi debit langsung dalam akaun mereka adalah transaksi kad debit yang sah.

Penjelasan itu diberikan CIMB susulan beberapa pelanggan bank itu yang berkongsi kebimbangan mereka di laman Twitter mengenai beberapa transaksi yang dinyatakan sebagai ‘direct debits’ atau debit langsung di aplikasi telefon bimbit CIMB Clicks atau laman sesawang bank itu.

Jurucakap CIMB yang dipetik laporan oleh Bernama berkata, “Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan-pelanggan yang terbabit bahawa transaksi-transaksi ‘direct debit’ baru-baru ini merupakan transaksi kad debit sah yang telah dibuat oleh pelanggan."

Menurutnya, insiden-insiden terpencil itu adalah berkenaan transaksi-transaksi tidak lengkap yang dibuat oleh pelanggan dengan peniaga luar negara seperti langganan /perkhidmatan penstriman dalam talian.

Bagaimanapun, beliau berkata, transaksi-transaksi tersebut telah dilabel semula sebagai debit langsung yang menimbulkan kekeliruan kepada para pelanggan.

“Kami memohon maaf terhadap sebarang kekeliruan dan akan menghubungi pelanggan-pelanggan yang terbabit,” menurut jurucakap ituseperti dilapor portal Bernama.

Post a Comment

0 Comments