KERAJAAN Negeri Sabah mengambil langkah proaktif untuk menangani penularan wabak koronavirus (Covid-19) di negeri itu.
Pihak pentadbiran di negeri itu membuka lima pusat kuarantin bagi menempatkan Pengesanan Kes Yang Disyaki (PUI) Covid-19 di negeri itu.
Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong pusat kuarantin berkenaan sudah mula dibuka sejak 16 Mac lalu di beberapa daerah di negeri tersebut.
“Ini adalah sebagai salah satu inisiatif selain wad pengasingan di hospital.
“Terdapat lima pusat kuarantin di Sabah, setakat ini, seperti Rumah Rehat Ranau, Rumah Rehat Kinabatangan, Malaysian Palm Oil Board Lahad Datu, Projek Perumahan Rakyat Batu Putih Sandakan dan Kompleks Belia Tawau,” katanya dipetik.
Beliau berkata demikian melalui kenyataan media semalam.
Dalam pada itu, Safar turut memaklumkan bahawa bekalan barangan keperluan serta makanan di negeri itu tidak terjejas.
“Ia dijangka mencukupi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
“Kita dapati semua barang keperluan masih banyak dan belum terdapat sebarang laporan berkaitan gangguan bekalan,” katanya.
0 Comments