Pelakon "Crocodile Dundee" maut dijangkiti Covid-19


PELAKON Hollywood yang pernah membintangi filem "Crocodile Dundee" dilaporkan meninggal dunia pada Rabu akibat komplikasi jangkitan koronavirus.

Mark Blum, 69, meninggal dunia di Hospital New York Presbyterian selepas didiagnosis dijangkiti virus itu minggu lepas.

Bagaimanapun isterinya, Janet Zarish berkata mereka tidak pernah keluar negara atau berhubung dengan sesiapa yang dijangkiti. Blum, bagaimanapun dilapor menghidap asma.

Berita kematian pelakon itu diumumkan syarikat pengendali teater New York, Playwrights Horizons mengumumkan kematian aktor itu pada Khamis di akaun Twitter.

“Dengan berat hati dan rasa kasih, Playwrights Horizons mengucapkan takziah kepada Mark Blum, rakan lama dan artis hebat yang pergi meninggalkan kita minggu ini.

“Terima kasih, Mark, di atas sumbangan anda kepada teater ini, dan teater juga penonton lain di seluruh dunia. Kami merindui mu.” ciap Playwrights Horizons.


Blum dilahirkan pada 14 Mei 1950. Antara filem yang pernah dibintanginya termasuk "Blind Date", "Eighties" dan "Lovesick" "Desperately Seeking Susan" dan terbaharu siri TV "YOU",

Mendiang juga membintangi siri TV lain termasuk "Roseanne", "New York Undercover", "CPW", "The West Wing", "NYPD Blue", and "Frasier".

Post a Comment

0 Comments