Mapim bakal aktifkan 10 ribu pek makanan


MAJLIS
Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dilapor akan mengaktifkan bantuan 10,000 pek makanan kepada golongan terjejas dengan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Perkara itu dimaklumkan Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Jelasnya, pengagihan pek makanan itu kepada golongan sasaran bakal digerakkan dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan agar kumpulan sasaran dapat dibantu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

"Jadi kita mohon kepada pihak berwajib untuk memudahkan urusan ini kerana mahu membantu ketika negara berdepan wabak yang turut mengancam negara lain di dunia.

"Mapim dan Insan Care mengajak orang ramai untuk bersama-sama menyumbang dan sumbangan dalam bentuk makanan asas itu akan diagihkan secepat mungkin," katanya pada majlis pelancaran bantuan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Mapim, Ahmad Sani Araby Alkahery dipetik laporan Metro berkata, pihaknya turut akan menyampaikan 1,000 pek makanan kepada petugas keselamatan yang bertugas.

Pengalaman Mapim membantu di kawasan konflik antarabangsa jelasnya akan memudahkan sukarelawan untuk mengatur gerak kerja bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Kita lalui pengalaman di medan perang dan suasana darurat dipelbagai negara seperti Syria, Gaza, Sudan dan Indonesia. Kita memahami kekangan dan bebanan tugas dilalui petugas kesihatan dan anggota keselamatan, jadi Mapim terpanggil untuk bertindak proaktif dengan kerjasama APM," katanya dipetik.

Post a Comment

0 Comments