SEORANG lelaki Melayu rakyat Malaysia yang antara terawal berhijrah ke London meninggal dunia akibat wabak koronavirus (Covid-19).
Husin Long,75, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Royal Free, Hampstead, pada Ahad lalu.
Jenazahnya selamat dikebumikan sekitar jam 2 petang Selasa waktu tempatan di tanah perkuburan Gardens of Peace yang hanya membenarkan 10 orang untuk menghadirinya.
Terdahulu, Anaknya, Ali Husin berkata, ayahnya itu mengalami simptom koronavirus termasuk demam dan sesak nafas kira-kira empat hari sebelum pemergiannya. Hasil keputusan positif virus itu hanya diterima oleh keluarganya selepas Allahyarham disahkan meninggal dunia.
Husin yang berasal dari Melaka berhijrah ke London pada 1970 bersama beberapa rakannya selepas berkhidmat di pangkalan tentera laut British di Singapura sejak 1948.
Allahyarham yang turut berkemahiran sebagai jurutera, bekerja di hotel The Dorchester, London sehingga persaraannya pada 2005.
Allahyarham pernah menyertai Kelab Melayu London yang ditubuhkan oleh diaspora Malaysia di bandar itu sejak 1960an.
0 Comments