Hulu Langat kena PKPD, laluan keluar masuk ditutup


PERINTAH
kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) diumumkan di beberapa kawasan di Hulu Langat.

Perintah itu akan dikuatkuasakan di Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor setelah 71 kes positif koronavirus (Covid-19) dikesan di Maahad Tahfiz Annabawiyyah di Batu 23.

KPKD telah dikuatkuasakan bermula malam tadi sehingga 13 April hadapan. Ia melibatkan 3,918 penduduk daripada 700 rumah di kawasan itu, termasuk 2 kampung Orang Asli dan 5 kampung Melayu.

“Mengambil kira jumlah kes yang tinggi di sekolah tersebut, kerajaan atas nasihat menteri kesihatan memutuskan untuk melaksanakan PKPD, arahan ke-2 selepas Simpang Renggam.

“Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari,” kata Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob.

Dengan pelaksanaan perintah ini, semua penduduk dan pelawat yang telah berada di kawasan tersebut tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD dan semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup. 

Sementara itu, penduduk terlibat diminta bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas Kementerian Kesihatan serta mematuhi arahan pihak berkuasa.

Makanan asas mencukupi bagi semua penduduk akan dibekalkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas 03-89254809 atau 03-89114200.

Sebagai rekod, menguatkuasakan PKPD telah dilaksana di Kampung Dato Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang pada Khamis lalu.

Kira-kira 3,500 penduduk di 2 kawasan itu tidak dibenarkan keluar dari rumah dan semua aktiviti perniagaan dihentikan.

Post a Comment

0 Comments